Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan bonus sebulan gaji kepada 21,776 penjawat awam negeri sempena Aidilfitri tahun ini.
Beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta bagi tujuan itu danbonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini.
"Pemberian bonus ini akan diberikan kepada kakitangan tetap, kontrak dan sambilan... namun sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada penjawat awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi (bonus) setengah bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini," katanya pada sidang media di Shah Alam.
Ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri untuk mengekang ajaran syiah di Selangor, Abdul Khalid berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
"Jais akan mengambil tindakan terhadap perkara ini. Sekiranya perlu diambiltindakan ke atas pihak yang mengamalkan ajaran itu, mereka (Jais) akan buat apayang perlu," tambahnya.
No comments:
Post a Comment