Sunday, July 14, 2013

Shabery Cheek - Pengundi Tidak Termakan Usaha Lagakan MB-Idris


Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pengundi di Kuala Besut tidak termakan dengan taktik PAS yang didakwanya cuba melaga-lagakan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dengan bekas menteri besar Datuk Idris Jusoh dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Menurut Shabery, PAS pernah menjalankan strategi sama semasa pilihan raya kecil DUN Galas pada tahun 2010, namun tidak berjaya menghalang BN dari merampas kerusi tersebut.

Ketika itu, kata Shabery, PAS mempersoalkan tindakan BN yang melantik MP Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai jentera parti dalam pilihan raya kecil tersebut.

PAS menimbulkan perkara itu memandangkan ketua perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed didakwa lebih layak mengetuai jentera parti.

"Alhamdulillah, DUN Galas menang dalam pilihan raya kecil, malah seluruh majoriti (undi) di Gua Musang meningkat sehingga pilihan raya umum lalu," katanya.

Kali ini pula, PAS menurutnya menggunakan strategi sama apabila naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa pada hari penamaan calon, Jumaat lalu, menyatakan bahawa kemenangan PAS di pilihan raya ini memberikan keuntungan politik kepada Idris.

 "Jadi (itu bukan isu utama. Di Besut ini melahirkan ramai pemimpin seperti Datuk Idris Jusoh, (bekas menteri) Tan Sri Yusof Nor yang menjadi ingatan. Di pihak PAS, tiada pemimpin yang besar yang (hendak) dikaitkan dengan Besut.

"Kemenangan di sini juga tidak merugikan sesiapa sebaliknya menguntungkan BN," kata menteri komunikasi dan multimedia itu kepada pemberita di pusat media di Kuala Besut pagi ini.

Husam bagaimanapun dilaporkan menafikan bahawa beliau tidak bertujuan untuk melaga-lagakan kedua-dua pemimpin utama Umno Terengganu itu.

Katanya, beliau sekadar menyatakan bahawa warga Besut lebih gemar pada Idris, yang merupakan ketua Umno Besut, berbanding Ahmad

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment