Tuesday, July 23, 2013
SMS Palsu Di Kuala Besut…Ramadan Yang Tidak Bermakna Bagi Pemimpin PAS…
Semakin bertambah hari dalam bulan Ramadan - yang sepatutnya umat Islam semakin insaf dan memperbanyakkan ibadaah - semakin banyak penipuan dan ciri-ciri fitnah dilakukan oleh PAS untuk menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut.
Pada ketika esok adalah hari pengundian PRK Kuala Besut, PAS yang dikatakan sudah berputus asa untuk merampas DUN berkenaan, beberapa kumpulan jentera pilihan raya PAS khususnya dari daerah lain di Terengganu dikatakan beransur pulang ke tempat masing-masing.
Malah war-war kononnya Azhar Idrus akan turun tiga malam berturut-turut di Kuala Besut juga tidak berlaku.
Golongan muda dalam PAS kecewa dengan kehilangan Azhar dan mereka mula tertanya-tanya, apaa komitmen Azhar untuk PAS pada PRK kali ini.
Laporan sebuah blog yang memetik beberapa sumber yang rapat dengan PAS Terengganu menyebut, kebanyakan yang mengambil langkah pulang awal ini berbuat demikian sejak pagi dan tengahari semalam terutama selepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil dalam dua ceramahnya di Kuala Besut pada malamnya (21 Julai) atas jemputan Naib Presiden PAS, Husam Musa.
Tindakan ini dikaitkan dengan sikap jentera tidak mahu bersekongkol dengan sikap hipokrit Anwar yang sejak lebih dua bulan lalu kuat menghentam SPR yang dituduhnya tidak telus atau mungkin juga kerana merasakan PRK DUN Kuala Besut sudah ‘diKelatekan’ oleh geng Husam.
Dinyatakan juga bahawa kehadiran Anwar pada malam itu walau pun sambutannya sedikit baik dari ceramah Presiden PAS, Hadi Awang namun sebahagian besar dari kira-kira 500 dan 600 pendengarnya di dua tempat berasingan itu merupakan penyokong dan jentera PAS yang diimport dari Kelantan.
Dalam keadaan terkapai-kapai, PAS berusaha untuk memulihkan imejnya yang semakin hilang di kalangan pengundi Terengganu selain bimbang kalah teruk, mulai semalam, mereka menyebarkan surat dan SMS palsu bertujuan mencemarkan imej BN.
Surat palsu yang diedaran itu menyebut KONONNYA Timbalan Perdana Menteri meluluskan pemberian sumbangan duit raya kepada seluruh pengundi dalam DUN Kuala Besut tanpa mengira fahaman politik.
Surat itu menyebut, permbayaran akan dibuat mengikut kategori berikut:
1. Warga Emas – RM800
2. Ketua Keluarga – RM700
3. Wanita – RM600
4. Pemuda – RM600
Pembayaran itu bermula dengan jumlah RM300 yang dijangka diagihkan bermula semalam (22 Julai).
Tidak cukup dengan itu, SMS palsu juga disebarkan dengan meminta pengundi untuk mendapatkan RM300 daripada Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebelum atau pada 5 Mei 2013.
Ternyata penyebaran surat palsu itu diedarkan untuk mengelirukan pengundi dan mengucar kacirkan jentera dan bilik gerakan Barisan Nasional apabila diserbu pengundi.
Surat berkenaan yang di kesan disemua pusat daerah mengundi yang di sebarkan dengan menaiki 2 buah motosikal jenis Yamaha Ego berwarna merah dan 2 buah motosikal Honda EX5 juga berwarna merah.
Penyebaran surat tersebut dipercayai diarahkan oleh seorang jawatankuasa PAS dengan menggunakan pemuda tersebut yang terdiri dari remaja-remaja yang masih di bawah umur.
No comments:
Post a Comment