Projek itu yang dijangka bermula bulan depan, membabitkan pembinaan enam universiti dan kemudahan asrama dengan keupayaan antara 30,000 hingga 50,000 orang.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif POSC TI, Dr Abdullah Kamil Fikri, berkata ketika ini kerja membaik pulih sedang dijalankan di Fasa Satu projek itu yang membabitkan kemudahan perpustakaan, kompleks sukan dan dewan konvensyen.
Beliau berkata, apabila pembangunan projek itu siap sepenuhnya, 70 peratus pelajar universiti yang beroperasi di TIT adalah dari luar negara manakala bakinya diperuntukkan kepada pelajar tempatan.
“Bagi pelaksanaan pembangunan Fasa 2 TIT ini, kita bekerjasama dengan Razeedland Plaza dan berharap disiapkan mengikut jadual.
“Kita dimaklumkan universiti yang beroperasi di TIT adalah dari China, Jepun, Korea, New Zealand, Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang akan membuka cawangan mereka di sini dengan sekurang-kurangnya sebuah universiti dijangka mula beroperasi pada September atau Januari tahun depan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada selepas majlis memeterai perjanjian pelaburan dan persepakatan bagi pelaburan antara POSC TI Sdn Bhd dengan Razeedland Plaza Sdn Bhd di Kuala Terengganu, kelmarin.
Memeterai perjanjian itu, POSC TI diwakili Abdullah Kamil manakala Razeedland Plaza diwakili Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Pengiran Razeed Petra Al Haj.
Turut hadir Pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim.
Antara bidang pengajian dikenal pasti termasuk Sains Paraperubatan, Sains Perubatan, Bioteknologi, Media Kreatif dan Perniagaan.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Razeedland Plaza, Shahruddin Hanafi, berkata syarikatnya bersedia melabur dalam projek pembangunan itu kerana mahu membantu memajukan TIT dan bidang ilmu.
Beliau berkata, pihaknya akan mencari kontraktor di Malaysia dan luar negara yang mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk melaksanakan projek terbabit.
“Kita mempunyai rakan kongsi perniagaan dari luar negara yang berpengalaman dan mahir dalam pembangunan projek berskala besar serta hubungan dengan institusi kewangan yang kukuh.
“Jadi, kita yakin projek dapat disiapkan mengikut jadual dalam tempoh empat tahun,” katanya.
TIT yang mula dibina pada 2007 di tapak seluas 280 hektar di Mukim Tembila, Besut membabitkan peruntukan RM250 juta.
Pelanggan yang dihormati,
ReplyDeleteKami menawarkan pinjaman kepada Individu dan syarikat terutamanya Individu yang mempunyai rancangan perniagaan dan Idea tetapi sukar untuk memulakan kerana rendah atau kekurangan modal permulaan.
Dapatkan modal / pinjaman jangka pendek dan jangka masa segera untuk Memulakan perniagaan anda sendiri dan nikmati faedah menjadi bos anda sendiri.
Kadar faedah rendah 2%
Tempoh 1 hingga 15 tahun
Untuk maklumat lebih lanjut Hubungi kami melalui e-mel: franchisecapitalcorps@gmail.com