Friday, July 26, 2013

Taktik Pas Tidak Menjadi di Kuala Besut - Mustapa

BN Kelantan akan menjadikan kemenangan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sebagai motivasi untuk parti itu meneruskan perjuangan di negeri yang diperintah Pas.

Pengerusi Perhubungan Umno Negerinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walaupun BN di Kuala Besut diserang bertubi-tubi namun pembangkang tidak dapat menembusi kubu kuat parti komponen itu. 

Menurutnya, strategi yang digunakan Pengarah PRK Pas Dun Kuala Besut yang dilantik tidak "mengena" dan perjuangan Pas Kelantan tidak relevan di Besut.

"Kita bersyukur Besut kekal jadi kubu kuat BN walaupun sebelum ini kita diserang bertubi-tubi tapi kubu ini tidak boleh ditembusi, saya tahu strategi yang digunakan Pas Kelantan.

 "Kemenangan ini bagi kami di Kelantan semangat untuk meneruskan perjuangan walaupun kami kalah baru-baru ini," katana kepada ketika ditemui pemberita selepas pengumuman keputusan rasmi bagi PRK Dun Kuala Besut, malam semalam.

Mustapa sebelum itu dipetik berkata, mulai 7 Julai, 50 petugas termasuk penceramah akan dihantar untuk membantu Umno Bahagian Besut menghadapi pilihan raya kecil itu.

"Dun Kuala Besut berjiran dengan Kelantan khususnya Pasir Puteh, sudah pasti Umno Kelantan akan memainkan peranan besar dalam memastikan BN menang pada pilihan raya kecil itu," katanya.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga ahli Parlimen Jeli berkata, dengan kemenangan di kawasan yang dimenangi Pas di Kuala Besut pada PRK menunjukkan rakyat menaruh harapan dan keyakinan kepada BN.
"Walaupun kami tahu bahawa calon bekerja habis-habisan, tetapi Kampung Baharu iaitu Kampung Che Long juga kami menang. "Yang baiknya kami menang di semua PDM (Pusat Daerah Mengundi). 

"Alhamdulillah kita yakin rakyat menaruh harap dan keyakinan kepada BN walaupun baru dua bulan setengah kita baru PRU, kita berjaya menambah majoriti," katanya.

No comments:

Post a Comment