Friday, July 26, 2013

Pasar Tani Daerah Besut Catat Jualan RM3.3 Juta Dalam Masa Enam Bulan

Pasar Tani daerah Besut yang diurus Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), mencatat jualan RM3.3 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, susut berbanding RM4.3 juta jualan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata faktor utama penurunan itu ialah orang ramai yang datang kurang berbelanja di empat pasar tani, masing-masing di Kuala Besut, Jertih, Alor Lintang dan Kampung Raja, yang membabitkan seramai 240 peserta.

Empat peserta pasar tani mencatat jualan paling tinggi dalam tempoh itu iaitu Jertih sebanyak RM1.8 juta, diikuti Kuala Besut (RM1.4 juta), Alor Lintang (RM60,000) dan Kampung Raja (RM48,000), katanya.

Hasan berkata kebanyakan pasar tani di Besut istimewa memandangkan pesertanya terdiri daripada petani setempat.

Beliau berkata memandangkan trend orang ramai kurang membeli pada masa ini, Fama menjangkakan jualan hasil di pasar tani daerah Besut akan merosot daripada RM8.3 juta tahun lepas kepada RM6 juta tahun ini. 

Mengikut rekod, jumlah jualan keseluruhan 21 pasar tani di Terengganu dalam masa enam bulan lepas berjumlah RM14 juta.

"Kita ada hampir 1,000 usahawan pasar tani di seluruh Terengganu sehingga hari ini," katanya.

No comments:

Post a Comment