Sunday, July 21, 2013

Tarik Balik Saman Fitnah - Husam Kena Bayar Kickdefella RM40,000


Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menarik balik saman fitnah RM5 juta terhadap blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang juga dikenali sebagai Kickdefella.

Peguam Syed Azidi, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata peguam Husam telah memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuantan bahawa beliau mahu menarik balik saman itu. Hakim Mahkamah Tinggi,

Datuk Seri Mariana Yahya dalam kamar membenarkan permohonan tersebut dan mengarahkan Husam membayar kos kepada Syed Azidi sebanyak RM40,000.

Husam memfailkan saman itu pada 19 September 2011, mendakwa bahawa tiga artikel yang disiarkan di blog Syed Azidi ini mengandungi unsur-unsur fitnah mengenai beliau. Artikel-artikel yang didakwa tersiar di kickdefella.wordpress.com antara Januari dan Julai, 2011.

Husam menfailkan saman fitnah RM5 juta terhadap Syed Azidi pada tahun 2011 kerana mendakwa Syed Azidi telah menfitnah beliau dalam 3 artikel yang diterbitkan di blog Kickdefella.

Perbicaraan bermula pada Disember 2012 dengan Husam sempat memanggil 3 orang saksi memberi keterangan.

Bagaimanapun perbicaraan terus tertangguh beberapa kali bila Husam sendiri gagal hadir memberi keterangan atas pelbagai alasan kerja dan kesihatan.

Perbicaraan patut disambung semula pada hari isnin lepas, bagaimanapun Husam telah mengarahkan peguamnya memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi hasratnya untuk menarik balik saman fitnah keatas Syed Azidi dengan kebebasan menfailkan semula saman tersebut.

Jahaberdeen yang mewakili Syed Azidi memberitahu wartawan diluar Mahkamah, pihaknya telah membantah permohonan Plaintif. Hakim bersetuju dengan bantahan itu dan kemudianya memerintah saman dibatalkan.

Rakan-rakan di blog Kickdefella mengambil kesempatan itu  mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Guaman Syed Azidi serta Datuk Hafarizam Harun dan Dato’ Firoz Jamaluddin kerana bersedia mengambil kes ini.

Dalam blognya Kickdefella berkata: "Terima kasih juga kepada para pembaca blog ini di atas kata kata semangat dan doa yang diberikan."

No comments:

Post a Comment