Sunday, July 21, 2013

Tiga Projek Tambahan Naik taraf Pulau Perhentian - Ahmaad Said


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said malam kelmarin mengumumkan tiga projek tambahan bagi menaik taraf kehidupan penduduk dan infrastruktur Pulau Perhentian yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun depan.

Projek berkenaan ialah pembinaan 10 unit rumah kedai bernilai kira-kira RM4 juta, pembinaan jeti khas dan menaik taraf serta membina jalan ke kawasan perkampungan di pulau itu.

Berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat Pulau Perhentian hari ini, Ahmad berkata projek itu relevan dalam usaha kerajaan negeri memajukan pulau tersebut sebagai antara destinasi pelancongan utama.
 

"Kawasan niaga ini (pembinaan rumah kedai) dibina atas permintaan orang di sini memandangkan pelancong semakin ramai, tetapi tempat berniaga tidak mencukupi,” katanya.

Projek kedua pula meliputi pembinaan jeti khas yang akan bersambung ke jalan menghala ke projek perumahan rakyat yang sedang dibina ketika ini manakala projek ketiga ialah menaik taraf dan membina jalan yang menghubungkan jeti sedia ada dengan kawasan perkampungan di pulau itu, katanya.

No comments:

Post a Comment