Tuesday, July 16, 2013

Tengku Zaihan Guna Sentuhan Peribadi Dekati Pengundi

Gambar Fail...salah satu lawatan oleh calon BN.
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yakin pendekatan sentuhan peribadi lebih disenangi rakyat berbanding aktiviti berceramah sepanjang berkempen pada bulan Ramadan ini.

"Oleh kerana berkempen jatuh pada bulan puasa, saya menggunakan pendekatan mengajak pengundi segenap umur berbuka puasa bersama serta ketika moreh selepas terawih.

"Selain itu kita juga mengumpulkan keluarga di sebuah rumah dan saya akan ke sana bertemu mereka bagi proses memperkenalkan diri kepada mereka," katanya ketika ditemui pemberita ketika bertemu peniaga dan pengundi di Pasar Tani Kuala Besut di Kuala Besut, semalam.



Katanya, pendekatan turun padang ke semua kawasan tanpa mengenal kaum itu akan membuatkan rakyat lebih berpuas hati.

"Strategi berkempen secara turun padang dan bertentang mata mendekati rakyat adalah yang terbaik dalam menyelami permasalahan dan sedikit sebanyak merapatkan silaturahim," katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zaihan turut berpuas hati dengan sokongan pengundi muda hasil lawatan ke pos-pos pengundi muda setakat ini.

"Alhamdulillah, sambutan diterima memberangsangkan dan makin positif dari pengundi. Saya akan optimumkan masa berkempen ini sebaik mungkin dan akan terus pertingkatkan lawatan bertemu pengundi sehingga hari terakhir," katanya.

No comments:

Post a Comment