Monday, July 22, 2013

Tiket Bas Dijamin mencukupi - SPAD


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi jaminan tiket bas ekspres untuk musim perayaan Aidilfitri tahun ini mencukupi untuk menampung keperluan orang ramai pulang ke kampung.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar memberitahu, kebanyakan tiket bas raya sudah habis tetapi ia tiket biasa bukannya tiket untuk bas tambahan.



“Jadi orang ramai tidak perlu bimbang kerana SPAD sedang mengeluarkan lesen perubahan sementara (LPS) untuk membolehkan syarikat pengangkutan menambah bas untuk pada musim perayaan ini,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama pengusaha kereta sewa di Kuala Besut kelmarin.

Beliau memberitahu, mengikut rekod tahun lalu, lebih 2,000 LPS dikeluarkan, namun hanya sebahagian sahaja digunakan sebagai persediaan syarikat bas menerima lebihan penumpang.

Kosmo!

No comments:

Post a Comment