Monday, July 22, 2013

Ketengah Peruntuk RM50 Juta Bina 300 Unit Rumah

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memperuntukkan RM50 juta bagi membina 300 unit rumah pelbagai jenis di kawasan itu untuk tahun ini dan tahun depan.

Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud berkata rumah terbabit akan dibangunkan oleh Ketengah sendiri dan anak syarikatnya.

Pembukaan kampus Universiti Teknologi Mara Bukit Besi, Mara Ketengah International College, kompleks penjara dan sebagainya meningkatkan lagi permintaan perumahan di wilayah Ketengah, katanya kepada pemberita semalam.

Katanya pada tahun ini sebanyak 188 unit rumah telah siap dibina dengan kos RM9.2 juta.

Daripada jumlah itu 123 unit dibina oleh Ketengah manakala baki dibina oleh anak-anak syarikat, katanya. Wan Mat Amin berkata sehingga kini Ketengah telah membina 3,940 unit rumah pelbagai jenis di seluruh wilayah itu.

No comments:

Post a Comment