Thursday, August 1, 2013

50 Wakil Penduduk Sokong Pengetua SK Seri Pristana

Kira-kira 50 wakil penduduk dan Kesatuan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Pristana petang ini berhimpun di depan Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh bagi menyatakan sokongan terhadap pengetua sekolah berkenaan.

Pengerusi KRT Taman Seri Pristana Sulaiman Rejab, 57, berkata pihaknya dan UMNO cawangan Taman Seri Pristana akan mempertahan kedudukan Guru Besar sekolah berkenaan, Mohd Nasir Mohd Noor, 57, agar terus berkhidmat di sekolah itu.

Beliau berkata sekolah yang dibuka pada Julai 2010 itu pernah dinobat sekolah terbaik Kuala Selangor peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 di bawah kepimpinan Mohd Nasir.

"Sepanjang tempoh tiga tahun beliau menerajui sekolah itu, banyak kejayaan dan kecemerlangan yang telah dilakukan," katanya.

Mohd Nasir kini bercuti selepas diarah berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan berhubung isu bilik persalinan di sekolah itu diguna sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.

No comments:

Post a Comment