Thursday, August 1, 2013

APMM Kawal Ketat Perairan Pantai Timur Sempena Raya

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kelantan, Terengganu dan Pahang akan melakukan rondaan siang dan malam sepanjang sambutan Aidilfitri bagi mencegah sebarang bentuk pencerobohan di perairan negara.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur Semenanjung, Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam berkata penceroboh mungkin akan mengambil kesempatan daripada musim perayaan ini, oleh itu APMM akan mengetatkan kawalan perairan bagi membanteras kegiatan seperti penyeludupan dan pencerobohan nelayan asing.

Nasir berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan pelbagai pihak kemungkinan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang meningkat sejak akhir-akhir ini disebabkan penjenayah mudah memperoleh senjata api hasil kegiatan penyeludupan.

Beliau berkata APMM akan menggunakan beberapa strategi dalam usaha menahan penyeludup dan nelayan asing.

Jika perlu pihaknya akan mendapatkan bantuan helikopter dari ibu pejabat APMM untuk mengesan kegiatan dari udara selain mengerah lebih 50 anggota dan menggunakan dua buah kapal serta empat bot di sini, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bingkisan raya dan sumbangan derma kepada fakir miskin di Pangkalan APMM Tok Bali di Pasir Puteh, semalam.

No comments:

Post a Comment