Thursday, August 22, 2013

Aktiviti kongsi gelap di Terengganu Dipantau

Polis Terengganu melancarkan 'Ops Cantas Khas' bagi membendung kegiatan kongsi gelap di negeri ini. 

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata selain itu, polis juga menumpukan aktiviti jenayah, maksiat, pelacuran, dadah dan perjudian.

Setakat ini belum ada tangkapan dilakukan sejak operasi itu dilancarkan empat hari lalu, katanya ketika semalam.

Katanya polis juga giat menjalankan pemeriksaan kawasan yang sering berlaku kejadian jenayah serta melakukan sekatan jalan raya dan pemeriksaan mengejut bagi mengesan dan membendung aktiviti jenayah.

No comments:

Post a Comment