Mr Shigeru Nakamura (kiri) kagum sambil melihat gambar santuari gajah ketika membuat kunjungan hormat Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. |
Dalam pertemuan kali pertamaitu, kedua-dua pemimpin saling berkongsi pengalaman dan bercerita perkembangan dalam pelbagai sektor serta meninjau kemungkinan mengadakan kerjasama dalam bidang yang mampu menjana ekonomi kedua-dua pihak.
Sejurus pertemuan di hotel yang berakhir dengan acara bertukar-tukar cenderati kenang-kenangan, rombongan kemudiannya dibawa mengunjungi Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man dengan menaiki tram khas bagi melawat monumen senibina Islam dan juga Masjid Kristal.
Mr Shigeru dan isteri turut berpeluang meninjau lebih dekat pemandangan dan khazanah semula jadi di sepanjang sungai Terengganu menerusi `river cruise' yang disediakan TTI.
Rombongan ternyata kagum dan tertarik dengan produk pelancongan yang terdapat di sepanjang pesisir sungai Terengganu dan TTI termasuk keunikan Tasik Kenyir menerusi buku khas mengenai tasik buatan manusia itu yang dihadiahkan kepada beliau sempena kunjungan ke negeri ini.
Teganukita
No comments:
Post a Comment