Editor akhbar tabloid Singapura The New Paper (TNP) Dominic Nathan kesal apabila tajuk muka depannya yang dianggap berniat jahat.
Menurut Utusan Borneo, The Straits Times melaporkan bahawa Nathan berkata artikel tersebut bukan berniat jahat.
Pada 31 Julai, TNP menerbitkan satu tajuk muka depan:'Selamat datang ke Malaysia di mana...kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000).
"Ia bukan niat kita. Kami ingin menarik perhatian pembaca berhubung ancaman keganasan senjata di Malaysia," kata Nathan.
Kementerian Luar Singapura juga menegur TNP dan melahirkan rasa tidak puas hati dengan tajuk berkenaan.
Pengarah hal ehwal awam kementerian Teo Lay Cheng berkata dalam surat kepada akhbar itu bahawa "tajuk sensasi itu adalah tidak patut dan tidak bertanggungjawab".
"Akhbar Singapura harus membuat laporan mengenai negara jiran kita dengan cara yang profesional dan mempunyai objektif. TNP gagal menunjukkan bagaimana ia mempersembahkan cerita tersaebut," tulis Teo.
Sejak itu TNP mengeluarkan artikel itu dari laman web serta laman Facebooknya.
No comments:
Post a Comment