Saturday, August 3, 2013

JPJ Buka Kaunter Hujung Minggu Ini

Semua pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri dan cawangan di seluruh negara akan dibuka pada hujung minggu ini bagi menyelesaikan tunggakan kerja berikutan gangguan sistem komputer.

Pejabat JPJ dan cawangan di Kedah, Terengganu dan Kelantan dibuka semalam dan hari ini manakala di negeri lain pada Sabtu dan Ahad dengan operasi perkhidmatan kaunter masing-masing bermula 7.45 pagi.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad dalam kenyataan kelmarin berkata gangguan sistem komputer itu disebabkan berlakunya proses radigrasi (proses pertukaran sistem) daripada sistem SIKAP kepada mySIKAP.

Antara urusan yang akan dijalankan pada hari itu ialah pendaftaran baharu kenderaan, pembaharuan lesen kenderaan motor, pertukaran milikan kenderaan, pembaharuan lesen memandu dan pembayaran saman.

No comments:

Post a Comment