RHB Research menjangka kapasiti penjanaan Tenaga Nasional Bhd melepasi paras 12,000 megawatt (MW) daripada 9,041 MW ketika ini pada 2018, daripada stesen jana kuasa berkuasa arang batu 1,000 MW di Manjung, Perak.
"Ini mengambil kira projek pengembangan sedia adanya, yang termasuk tapak 2x535MW di Prai, Pulau Pinang, stesen hidro 265MW di Hulu Terengganu dan stesen hidro 372MW di Ulu Jelai, Pahang, serta pengembangan berterusan Manjung Unit 4 - stesen berkuasa arang batu 1,000MW di Perak," kata firma penyelidikan itu dalam satu nota semalam.
Tenaga Nasional mengumumkan Bursa Malaysia semalam ia memeterai kontrak kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan (EPC) dengan sebuah konsortium bagi Projek 3A yang baru diperoleh untuk membangunkan stesen jana kuasa Manjung.
RHB Research mengekalkan saranan "beli" bagi saham itu dengan harga sasaran RM10.43.
No comments:
Post a Comment