Saturday, August 24, 2013

MB Sertai Solat Hajat, Tahlil Sempena Bulan Kemerdekaan

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, menyertai majlis solat hajat, bacaan Yasin dan tahlil sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Terengganu, di Masjid Tengku Tengah Zaharah, malam kelmarin.

Lebih 300 jemaah hadir majlis berkenaan yang diketuai Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Haji Aizi Saidi Abdul Aziz.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Zuber Embong, pemimpin kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan agensi kerajaan negeri dan Persekutuaan.

Majlis tersebut dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah, diikuti dengan solat hajat, bacaan Yasin dan tahlil. Menteri Besar kemudiannya membacakan perutusan sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-56.

Teganukita

No comments:

Post a Comment