
Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) Mohd Safaruddin Mustaffa berkata pihaknya memperuntukkan sebanyak RM600,000 tahun ini untuk program insentif perkahwinan tersebut.
Beliau berkata YPKT menyasarkan seramai 300 pasangan akan menikmati manfaat daripada insentif itu bagi mengurangkan beban perbelanjaan perkahwinan.
"Insentif ini adalah dana khas yang diberi kerajaan negeri Terengganu bagi menghargai golongan ibu dan bapa tunggal yang mahu membina semula keluarga selepas gagal dalam perkahwinan sebelum ini," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri YPKT di Kuala Terengganu, semalam.
.jpg)
Mohd Safaruddin berkata setakat ini 50 pasangan ibu dan bapa tunggal menerima insentif bagi perkahwinan masing-masing dan meminta mereka yang belum memohon supaya segera menghubungi yayasan tersebut.
Beliau berkata daripada 190 pasangan yang berkahwin semula, 96 pasangan bertemu jodoh antara ibu dan bapa tunggal, 68 ibu tunggal berkahwin dengan teruna dan 26 bapa tunggal berkahwin dengan anak dara.
Jumlah ibu dan bapa tunggal yang telah mendirikan rumah tangga mengikut Parlimen ialah Besut (18 pasangan), Kuala Nerus (12), Kuala Terengganu (23), Marang (29), Hulu Terengganu (25), Dungun (25), Kemaman (47) dan 11 pasangan di Setiu.
No comments:
Post a Comment