Wednesday, August 7, 2013

Naib Presiden - Anifah Yakin Adiknya Dapat Sokongan Padu

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semalam  menegaskan, "setiap orang dalam Umno berhak bertanding dalam pemilihan parti akan datang".

Anifah dipetik sebagai berkata optimis bahawa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman akan menerima sokongan padu daripada Umno Sabah jika memutuskan bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Oktober ini.

"Saya percaya sekiranya ketua menteri mahu bertanding jawatan naib presiden, saya pasti beliau akan mendapat sokongan padu dari Sabah,"

Anifah dipetik berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran kementeriannya di Kota Kinabalu. Anifah, yang juga adik Musa, diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak pada Sabtu bahawa Musa pilihan tepat untuk bertanding jawatan kanan itu. 

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah Datuk Awang Kadin Tang akan memberi sokongna penuh sekiranya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Musa Aman bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti, akan datang.

"Sekiranya Musa bertanding, maka Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sabah akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau dan akan bersedia menjadi jentera kempen ke semua negeri," katanya dalam kenyataan ringkas di Kota Kinabalu semalam.

Awang Kadin yakin, Musa bukan saja akan mendapat sokongan dari bahagian Umno di Sabah, malah sokongan padu dari bahagian lain di seluruh negara.

"Kepimpinan beliau mengetuai jentera dalam pilihan raya umum ke-13 lalu membuktikan beliau layak diberikan peranan yang lebih penting di dalam parti dalam usaha untuk terus memperkukuhkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14," kata beliau.

No comments:

Post a Comment