Umno Sabah sedia menggerakkan jentera ke seluruh negara sekiranya Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman memutuskan untuk bertanding naib presiden Umno pada pemilihan parti Oktober depan.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Yahya Hussin berkata beliau yakin dengan sokongan padu dan solidariti Umno Sabah terhadap Musa, kejayaan cemerlang mampu diperolehi.
Yahya yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata setakat ini lebih 20 bahagian Umno Sabah telah secara terbuka menyatakan sokongan penuh kepada Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri untuk bertanding jawatan tersebut.
Dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu, semalam Yahya berkata dua penggal bertanding sebagai Majlis Tertinggi Umno, Musa berjaya menduduki antara tiga tempat teratas.
Musa juga dengan cemerlang memimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah dalam tiga Pilihan Raya Umum (2004/2008/2013) dengan kemenangan yang selesa, sekaligus menyumbang kepada BN untuk terus mengekalkan kerajaan pusat.
No comments:
Post a Comment