Monday, August 5, 2013

Perjual Mercun, Bunga Api Ditahan

Polis menahan seorang lelaki dan merampas empat kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api dalam pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Paya Rawa, Kampung Raja  semalam.

Lelaki berusia 22 tahun itu disyaki menjalankan aktiviti penjualan bunga api di kampung itu, kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria.

Beliau berkata kesemua bunga api dan mercun itu ditemui dalam kereta Toyota LE milik pemuda berkenaan yang diletakkan di dalam sebuah garaj di rumahnya itu.

"Pemeriksaan polis pada pukul 6.30 pagi itu adalah hasil maklumat orang awam," katanya semalam.

No comments:

Post a Comment