Sultan Terengganu, Sutan Mizan Zainal Abidin, berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Muktafibillah Shah, Ladang, pagi Khamis.
Turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, para pembesar negeri, orang kenamaan dan rakyat jelata di kawasan Ladang dan Batu Buruk.
Selesai solat sunat Aidilfitri, rakyat jelata mengambil peluang untuk bersalam-salaman dengan baginda sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
Baginda turut menziarahi Makam Diraja yang terletak di masjid berkenaan.
No comments:
Post a Comment