Syarikat perladangan tempatan, TDM Berhad, menyasarkan untuk membina empat kilang memproses kelapa sawit di Kalimantan, Indonesia tidak lama lagi.
Pengerusinya Datuk Roslan Awang Chik (kiri) berkata sasaran itu dibuat berdasarkan pencapaian baik TDM sejak beroperasi dalam sektor perladangan kelapa sawit di negara tersebut sepanjang tiga tahun lepas, membabitkan kawasan seluas 11,035 hektar.
Katanya buat permulaan, syarikat itu akan membina kilang bernilai kira-kira RM80 juta di ladang sawit berkenaan untuk aktiviti pemprosesan.
"Kita sudah mengeluarkan tender kepada kontraktor bagi membina kilang yang mampu memproses 60 tan kelapa sawit sejam, di Nanga Pinoh, Kalimantan.
"Bagi setiap 10,000 hektar, kita akan mempunyai sebuah kilang memproses kelapa sawit, dan dalam tempoh tiga tahun, kita jangka akan ada kilang kedua selepas kesemua 20,000 hektar tanaman sawit mengeluarkan hasil," katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu.
Menurutnya jika tiada masalah, pembinaan kilang oleh syarikat dari Malaysia itu dapat dimulakan bulan depan, dan dijangka siap dalam tempoh 16 bulan.
Roslan berkata pengeluaran hasil di peringkat awal ini kurang baik, dengan hasil sekitar 50 hingga 80 tan sahaja sebulan, namun untuk jangka masa panjang pihaknya menyasarkan untuk mengeluarkan 25 tan sawit bagi setiap hektar.
Menerusi fasa pertama, TDM sudah membeli tanah seluas 20,000 hektar dan sudah menanam komoditi itu secara berperingkat-peringkat, dan sehingga hujung tahun ini proses menanam di tanah seluas 15,000 hektar dijangka selesai manakala selebihnya akan ditanam secara berperingkat-peringkat selepas itu.
Katanya secara keseluruhan syarikat merancang memiliki ladang seluas 40,000 hektar sehingga 2018, membabitkan pelaburan berjumlah RM1 bilion.
Sementara itu, TDM juga berusaha menanam sawit tiga kali ganda daripada jumlah sekarang berikutan tanah yang subur dan iklim yang kondusif di kawasan itu.
Sebelum ini, operasi TDM Berhad di Kalimantan, Indonesia mendapat pujian
Dalam pada itu, Roslan berkata syarikat itu juga mendapat tawaran untuk membuka ladang di kawasan lain di Indonesia.
Beliau bagaimanapun berkata setakat ini TDM hanya mahu memberi tumpuan ke atas projek di Nanga Pinoh.
"Kita mahu memastikan projek ini berjaya sebelum meluaskan segmen perniagaan ke kawasan lain," katanya.
No comments:
Post a Comment