Sunday, August 4, 2013

Terengganu Pastikan Pelajar Perubatannya Berkhidmat Di Negeri Sendiri

Kerajaan Terengganu memastikan anak negeri yang mengikuti pengajian perubatan di luar negara menerusi tajaannya, kembali berkhidmat di negeri itu bagi menangani masalah kekurangan doktor.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas Khas negeri Ghazali Taib berkata masalah kekurangan doktor di Terengganu agak kritikal dengan nisbah seorang doktor untuk 1,400 pesakit. 

"Angka ini jauh lebih tinggi berbanding negeri lain termasuk Sabah dan Kelantan," katanya pada majlis penutup kuliah khas pembelajaran klinikal yang disertai 160 pelajar perubatan tajaan Yayasan Terengganu (YT) yang mengikuti pengajian di Mesir, Jordan dan Rusia.

Menurut Ghazali sejak 2007 hingga sekarang, kerajaan negeri menerusi YT membelanjakan lebih RM25 juta menaja 450 pelajar perubatan di luar negara.

Mengenai kursus klinikal itu, beliau berkata kerajaan Terengganu merupakan satu-satunya kerajaan negeri yang menganjurkan program tersebut yang memberi pendedahan langsung kepada pelajar berkenaan prosedur klinikal ke atas pesakit.

"Kita dapati sistem pengajian perubatan di luar negara agak berbeza dengan universiti di sini kerana mereka tidak didedahkan dengan prosedur klinkikal kepada pelajar yang hanya menggunakan simulasi patung yang mempunyai kelemahan yang ketara," katanya.

Kursus empat hari bermula 29 Julai itu diselia oleh doktor pakar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah dan membabitkan pelajar tahun emp

No comments:

Post a Comment