Sunday, August 25, 2013

YPKT Terbitkan Dua Buku Panduan Keluarga Tahun Depan

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) akan melancarkan dua buku panduan keluarga awal tahun depan yang menyasarkan pasangan baharu berkahwin.

Pengarahnya Mohd Safaruddin Mustaffa berkata buku bertajuk 'Pemakanan Keluarga' dan 'Keluarga Generasi Baru' itu turut dijadikan modul kursus kekeluargaan YPKT.

Sebanyak 5,000 naskah buku ini akan diberi secara percuma dan sasaran kami ialah pasangan yang sudah berkahwin antara satu dan lima tahun, katanya kepada pemberita, di Kuala Terengganu, kelmarin.

Katanya pemilihan pasangan dalam tempoh itu kerana mereka masih dalam peringkat penyesuaian dan buku 'Keluarga Generasi Baru' ini diharap dapat membantu pasangan menangani masalah yang timbul.

Selain itu, YPKT juga menyasarkan 10 peratus daripada pasangan baharu berkahwin mengikuti kursus pengukuhan keluarganya. YPKT akan menjemput penceramah berpengalaman sepanjang kursus dua hari itu, katanya.

Buku Pemakanan Keluarga pula adalah hasil kajian kesihatan berasaskan menu terancang di taska YPKT yang telah diaplikasikan kepada kanak-kanak di taska dan menunjukkan hasil yang positif terhadap kesihatan dan pembelajaran mereka, katanya.

No comments:

Post a Comment