Saturday, September 28, 2013
260 Ibu, Bapa Tunggal Terima Insentif Daripada YPK
Seramai 24,318 ibu tunggal di negeri ini mendaftar dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) manakala duda pula seramai 2,810 orang.
Pengarahnya, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, Parlimen Kemaman mencatatkan bilangan ibu tunggal dan duda paling tinggi seramai 4,317 orang diikuti Besut seramai 3,837 orang, Marang 3,698 orang, Kuala Terengganu (3,375), Dungun (3,330), Setiu (3,006), Kuala Nerus(2,824) dan Hulu Terengganu seramai 2,741 orang.
“Daripada jumlah itu seramai sebanyak 287 orang memohon insentif perkahwinan ibu dan bapa tunggal negeri Terengganu sehingga 10 September lepas dan 260 orang daripadanya diluluskan kerajaan,” katanya.
Shafaruddin berkata demikian pada Majlis Sambutan Merdeka Raya dan Penyampaian Insentif Perkahwinan Ibu dan Bapa Tunggal Parlimen Setiu YPKT .
Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankua Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri merangkap Adun Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee di Dewan Pejabat Pelajaran Daerah Setiu, Bandar Permaisuri kelmarin.
Menurutnya, seramai sembilan pasangan di Parlimen Setiu menerima insenfit bernilai RM2,000 seorang bagi ibu tunggal dan bapa tunggal.
Menurutnya, hanya pasangan yang terdiri berstatus ibu dan bapa tunggal sahaja mendapat insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Terenggganu.
“Pada tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM600,000 untuk diberi insentif kepada ibu dan duda di negeri ini.
“Dalam pada itu kesemua ibu tunggal yang berusia 18 hingga 69 tahun yang berdaftar menerima skim insuran perlindungan diri percuma yang disediakan oleh kerajaan negeri dan layak menerima pelbagai pelan perlindungan,” katanya.
Pasangan "pengantin baru" menerima insentif dari Mohd Jidin . Katanya, faedah melalui skim ini ialah sekiranya ahli meninggal dunia akibat kemalangan, penama akan memperolehi RM15,000 dan khairat kematian RM1,500 di samping pembiayaan rawatan di hospital dengan RM55 sehari.
"Kadar perkahwinan pada tahun ini di Terengganu menunjukkan peringkatan menjadi sekitar 11,000 pasang berbanding tahun lalu sekitar 9,000 hingga 10,000 pasang sahaja." katanya.
Pada majlis sama Mohd Jidin turut menyerahkan Senarai Penerima Pelan Perlindungan Insuran Takaful Berkumpulan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), penyampaian Bantuan Pengurusan Kelab Warga Emas Parlimen Setiu, penyampaian Pinjaman Modal Program Jaya diri dan sijil tamat Latihan Kelas Jahitan Komuniti. Sementera itu pasangan ibu tunggal dan duda yang berkahwin.
No comments:
Post a Comment