Iskandar beramah mesra dengan penduduk kampung di Pekan Jabi. |
Pegawai Khas Ahli Dun itu, Hazali Mat,berkata kebanyakan rumah-rumah itu siap sepenuhnya dan kira-kira 20 peratus lagi dalam pembinaan dan dijangka akan disiapkan tidak lama lagi untuk memberi keselesaan kepada penghuninya.
Hazali berkata, semua projek itu adalah kesinambungan daripada wakil rakyat terdahulu dan diteruskan oleh Ahli dun yang baru iaitu Mohd Iskandar Jaafar yang memegang jawatan itu selepas memenangi pilihanraya umum tidak lama dulu.
“Yang Berhormat akan mempastikan apa yang dilakukan oleh wakil rakyat dahulu akan diteruskan manakala beberapa agenda barunya akan dilaksanakan untuk mempastikan Dun Jabi ini akan menjadi sebuah kawasan yang maju terutamanya dalam bidang pendidikan.
Sementara itu, Hazali berkata, kebanyakan cawangan UMNO Dun Jabi sudah selesai mengadakan mesyuarat bagi memilih ahli jawatankuasa masing-masing manakala selebihnya akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat sebelum pemilihan di peringkat bahagian berlansung.
“Semua mesyuarat berjalan lancar dan tidak berlaku sebarang perpecahan walaupun bertukar wakil rakyat dan ini membuktikan YB Iskandar diterima semua penduduk di Jabi ini.
Ini memudahkan YB untuk menjalankan tugasnya bagi membantu seluruh penduduk,” katanya.
Teganukita
No comments:
Post a Comment