Tuesday, September 17, 2013

Atur Perlawanan di Australia - Rakyat Malaysia Didakwa Terbabit

Seorang rakyat Malaysia dituduh menjadi tenaga penting dalam sindiket mengatur keputusan perlawanan bola sepak di negeri Victoria dan merupakan "orang besar" dalam kegiatan itu.

Australian Associated Press (AAP) melaporkan Mahkamah Majistret Melbourne semalam,  diberitahu bahawa Segaran G. Subramaniam menerima arahan daripada pihak tertentu dari Hungary dan Malaysia supaya menetapkan keputusan perlawanan bolasepak melibatkan pasukan Southern Stars.

Subramaniam, 45, dituduh menyampaikan perkara berkenaan kepada jurulatihpasukan dalam Liga Premier Victoria itu dan beberapa pemain.

Mahkamah itu diberitahu bahawa antara arahan berkenaan ialah agar pasukan itu kalah 4-0.

Pemangku Sarjan Polis Detektif Scott Poynder memberitahu mahkamah bahawaSubramaniam adalah orang penting sindiket itu di Australia.

AAP berkata Subramaniam menghadapi 10 tuduhan, termasuk lima tuduhan kerana terlibat dengan perbuatan menyeleweng atau boleh menyelewengkan keputusansesuatu pertaruhan dan lima tuduhan menganjurkan perbuatan yang menyeleweng atau boleh menyelewengkan keputusan sesuatu pertaruhan. 

Subramaniam memohon kebenaran ikat jamin pada Isnin, tetapi polis mendakwamereka menemukan resit bagi transaksi mata wang luar negara melibatkan lebihA$200,000 (RM616,000) di sebuah rumah yang disewanya di Clayton South di Melbourne.

Poynder berkata sekiranya Subramaniam dibenarkan diikat jamin, tertuduhberkemungkinan meninggalkan Australia. Katanya Subramaniam tidak mempunyai ikatan dengan Australia dan sudahmenempah tiket untuk meninggalkan negara ini malam semalam.

Timbalan Ketua Mejistret Jelena Popovic menangguhkan keputusan permohonan itu hingga Jumaat sementara menunggu polis mendapatkan lebih banyak maklumattentang kedudukan kewangan Subramaniam.

No comments:

Post a Comment