Sunday, September 8, 2013
Dua Lelaki Dari Jerteh Maut, Sorang Cedera Ringan
Dua lelaki maut dan seorang parah selepas kenderaan mereka terbabas dalam kemalangan di Jalan Salor Baharu-Pasir Mas pada pukul 2 pagi ini.
"Mereka yang maut adalah pemandu kenderaan jenis Honda Civic iaitu Mohd Asrul Afian Samsudin, 24, dan penumpang belakang Muhammad Atras Ramli, 29.
Muhammad Atras maut di tempat kejadian manakala Mohd Asrul Afian meninggal dunia di Hospital Pasir Mas manakala yang parah Azizul Abdullah, 29, kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu,
Dua lagi rakan mereka yang berumur berumur 29 dan 21 tahun bagaimanapun hanya cedera ringan.
Jalaluddin berkata kesemua mereka berasal dari Jertih, Terengganu dan dipercayai kenderaan ketika itu dipandu laju sehingga terbabas.
No comments:
Post a Comment