Thursday, September 12, 2013

Hutang Isi Rumah Di Malaysia Belum Membimbangkan

Hutang isi rumah di Malaysia belum mencecah tahap membimbangkan dan masih lagi terkawal setakat ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata pinjaman tidak berbayar, yang kurang daripada dua peratus bagi sektor isi rumah, menunjukkan mereka yang meminjam layak mendapat kredit.

"Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat memantau pendedahan individu dan perniagaan hinggalah kepada konglomerat, justeru itu menerusi ini, kami melihat hutang lapuk atau pinjaman terjejas daripada sektor isi rumah, dan daripada sektor lain juga, berada dalam aliran menurun," katanya pada sidang akhbar selepas Forum Dasar Global AFI 2013, di Kuala Lumpur semalam.

Zeti berkata bank pusat tidak bimbang dengan perkara itu kerana ia telah mengambil langkah berhemat yang perlu untuk mengekang aktiviti berlebihan ke sektor-sektor khusus.

"Kami percaya pada ketika ini ia terkawal. Kami melihat pertumbuhan pinjaman daripada angka berganda 12-13 peratus dan sekarang pada kadar lebih mapan sembilan peratus," katanya.

No comments:

Post a Comment