Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana atlet negeri ini yang didapati terlibat dalam kes khalwat tanpa mengira kedudukannya.
Menegaskan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata kerajaan negeri akan melihat bentuk tindakan yang akan diambil terhadap atlet terbabit.
Rozi diminta mengulas mengenai atlet bola tampar lelaki dan atlet hoki wanita Terengganu ditangkap oleh pasukan pencegah maksiat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan semasa sambutan Merdeka di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bercakap kepada pemberita semalam, beliau menjelaskan bahawa kedua-dua atlet tersebut bukan atlet dari Sukan Malaysia (Sukma) seperti yang dilaporkan akhbar.
Katanya atlet bola tampar terbabit merupakan bekas pemain negeri manakala atlet hoki pula hanya terbabit dalam kejohanan peringkat daerah.
Beliau berkata kerajaan negeri akan menyiasat lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment