Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mewujudkan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk di peringkat bandar tahun depan.
Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, peranan jawatankuasa itu ialah mengenal pasti permasalahan penduduk untuk diketengahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kementerian untuk tindakan.
Katanya, anggota jawatankuasa juga akan memantau keperluan dan kekurangan kemudahan di tempat masing-masing.
Jawatankuasa ini akan berperanan seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan anggotanya akan diberikan elaun, katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan PBT di Kuala Terengganu, semalam.
"Para penduduk akan lebih terbela dengan wujudnya jawatankuasa tersebut, dan merupakan saluran yang tepat untuk meluahkan permasalahan di kawasan bandar,” katanya.
No comments:
Post a Comment