Tuesday, September 17, 2013

Laman Fan Page FB Ahmad Said Kena Godam

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini meluahkan rasa kesal dengan perbuatan pihak tertentu yang menggodam laman Fan Page Facebooknya.

Beliau berkata laman itu digodam dua kali pada bulan ini.

"Kali pertama, individu terbabit mengemas kini status Facebook kononnya saya mahu menawarkan diri sebagai calon naib presiden Umno pada pemilihan parti tahun ini.

"Terbaharu, status dikemas kini menyatakan kononnya saya mengumumkan cuti selama dua hari kepada rakyat Terengganu sempena program Walk 4 Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Emas Hari Malaysia di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

Katanya pihak pengurusan pejabat Menteri Besar sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut. Beliau juga akan membuat laporan polis.

No comments:

Post a Comment