Thursday, September 5, 2013

LKIM, UMT & Universiti Tempatan Bekerjasama Bangunkan Nelayan Muda

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan bekerjasama dengan beberapa universiti tempatan bagi memperkasakan generasi kedua nelayan, sebagai usahawan industri hiliran sektor perikanan.

Pengerusinya Datuk Irmorhizam Ibrahim berkata, setakat ini Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersedia mengadakan kerjasama tersebut, terutama dari segi kajian dan perkongsian idea baharu dalam sektor perikanan.

"Dengan kepakaran dimiliki institusi berkenaan, ia dapat melahirkan usahawan serta nelayan muda yang berjaya dan moden.
"Secara tidak langsung ia membantu Malaysia menjadi negara maju berlandaskan sektor perikanan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) kali ke-28 di Johor Bahru.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) Mohamad Dolmat.

Dalam masa sama, beliau turut menyeru lebih ramai golongan muda di negara ini menceburi sektor perikanan negara bagi mengelak kebergantungan kepada sumber tenaga asing.

Dalam perkembangan lain, keuntungan yang diperoleh Nekmat meningkat kepada RM17.05 bilion tahun lepas, berbanding RM16.9 bilion pada tahun 2011.

No comments:

Post a Comment