Thursday, September 5, 2013

Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 akan dilancarkan pada 9 September ini bagi memudahkan saluran bantuan penggilan dengan lebih efisien.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata sistem bersepadu itu menggabungkan lima agensi bantuan kecemasan.

Yang terbabit ialah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam satu platform bagi mengendali dan menyalurkan panggilan serta maklumat kecemasan melalui satu nombor iaitu 999.

"Rakyat Malaysia kini hanya perlu menghubungi satu nombor kecemasan untuk mendapatkan bantuan kecemasan membabitkan polis, bomba, hospital dan Jabatan Pertahanan Awam.

Kita kini giat mengadakan kempen-kempen tersebut sebelum pelancaran besarnya di Putrajaya," katanya. Talian 999 dikendalikan Telekom Malaysia dengan usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Beliau menyatakannya di Kemaman baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment