Wednesday, September 25, 2013

MP: Hentikan Dana Khas Kepada Permata Rosmah


Kerajaan patut menghentikan peruntukan dana khas kepada program Permata Negara bawah isteri perdana menteri Rosmah Mansor, kata anggota Parlimen Kapar.

G Manivannan berkata, wang itu disalurkan semula ke program-program lain.

Beliau merujuk kepada kenyataan Setiausaha Bahagian Permata Saidatu Akhma Hassan bahawa peruntukan terbaru RM150 juta dipecahkan seperti berikut: RM20 juga dikembalikan kepada kerajaan; RM77 juta disalurkan kepada Kemas, sebuah lagi program kerajaan; dan selebihnya disalurkan kepada program Permata sendiri di Terengganu dan Sarawak.

Manivannan berkata, kerajaan patut menyalurkan wang itu langsung ke badan terbabit daripada menjadikan permata sebagai orang tengah.

Sebagai program untuk pendidikan awal anak-anak, Permata Negara patut diletakkan bawah Kementerian Pendidikan dan bukan Jabatan Perdana Menteri.

Program ini menerima RM100 juga pada 2011 dan RM111 pada 2012.

No comments:

Post a Comment