Kira-kira 100 peserta dari 20 buah negara dijangka menyertai Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu 2013 (TIIAF 2013) selama tiga hari dari 15 Nov di Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja TIIAF 2013, Datuk Zubir Embong berkata sehingga kini, peserta dari 12 negara telah mengesahkan penyertaan iaitu Jordan, Iraq, Algeria, Bangladesh, Mesir, Indonesia, Pakistan, Yaman, Brunei, Palestin, Thailand dan Arab Saudi.
"Penganjuran pertandingan kaligrafi kali ini ialah penganjuran peringkat antarabangsa berbanding tahun lepas penganjurannya terhad kepada peserta rantau Asia sahaja.
"Penganjuran di Terengganu ini juga telah diiktiraf terbaik setaraf penganjuran di Turki dan Dubai oleh Pusat Penyelidikan Sejarah, Kesenian dan Kebudayaan Islam Dunia (IRCICA) yang berpusat di Turki dan mereka akan memberi sijil pengiktirafan itu dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media di TTI, di Kuala Terengganu.
Nilai hadiah keseluruhan bagi pertandingan peringkat antarabangsa adalah US$20,000 (RM64,400).
Tarikh tutup penyertaan bagi peringkat antarabangsa 24 Okt manakala bagi peringkat kebangsaan 30 Okt.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 09-6278807, 013-2626061 atau 019-9776499.
No comments:
Post a Comment