Wednesday, September 18, 2013

Nelayan Kini Bleh Pinjam TEKUN

Golongan nelayan yang sebelum ini tidak disenarai bagi mendapatkan kemudahan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional kini boleh menikmati pinjaman itu sehingga maksimum RM100,000 untuk memula atau memperluaskan perniagaan mereka.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu selaras keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan dana tambahan TEKUN Nasional RM700 juta menerusi agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Dengan keistimewaan tersebut, menurutnya, nelayan berpeluang untuk menceburi aktiviti perniagaan sampingan sekali gus merangsang ekonomi baharu kepada mereka.

Selama ini nelayan hanya mengharapkan hasil tangkapan sebagai sumber pendapatan utama mereka.

No comments:

Post a Comment