Thursday, September 12, 2013

Penternak Lembu Beralih Kepada Penternakan Ayam Berikutan Kos Yang Tinggi

Seorang penternak lembu komersil di Pengkalan Rangoon dekat sini kini beralih kepada ternakan ayam kerana kurang mendapat keuntungan dalam penjualan lembu tersebut.

Penternak tersebut, Rosdi Daud, berkata sebelum ini setiap tahun beliau membawa masuk antara 400 hingga 500 ekor lembu dari Thailand dengan pelaburan berjumlah RM500,000 setahun.

"Lembu itu kemudian dijual pada harga RM1,800 hingga RM1,900 seekor selepas dipelihara dan digemukkan," katanya di Kemaman, kelmarin.

Bagaimanapun Rosdi berkata pada tahun ini beliau tidak lagi membawa masuk lembu kerana harganya terlalu tinggi dan tidak menguntungkan.

"Sekarang ini saya ada 100 ekor lembu bernilai kira-kira RM120,000 untuk tujuan penyembelihan sahaja," katanya.

Rosdi berkata beliau telah mengeluarkan pelaburan berjumlah RM1.3 juta untuk membina lima buah reban dengan jumlah ternakan melebihi 130,000 ekor ayam.

"Pemasaran tidak menjadi masalah kerana saya membuat kontrak ladang dengan sebuah syarikat dari luar Terengganu untuk mengedar hasil ternakan ayam saya," katanya.

No comments:

Post a Comment