Friday, September 13, 2013

Penyokong Bimbang, Desak KAFA Ambil Tindakan Elak Pemain 'Dicuri'


Penyokong tegar The Red Warriors mahu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil tindakan segera berhubung dakwaan yang mengatakan beberapa tonggak utama Kelantan sedang dipancing oleh beberapa pasukan luar untuk saingan musim hadapan.

Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Bharu (TRW KB) berharap langkah segera perlu diambil bagi mengelakkan insiden 'mencuri pemain' kembali menghantui juara Piala FA sebagaimana berlaku pada tahun 2011 lalu.

Presidennya, Mohd. Zainy Mohd. Zain berkata, situasi tersebut telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penyokong tegar The Warriors yang mahukan KAFA bertindak segera dalam isu ini.

"Seperti yang kita ketahui, bulan ini adalah sesi perundingan dan tawaran kontrak antara pemain dan pasukan walaupun saingan Piala Malaysia ketika ini sedang rancak berlangsung.

"Pada saya KAFA tidak boleh mengambil mudah perkara ini kerana ia melibatkan pasukan dan dakwaan yang mengatakan pemain Kelantan sedang dipancing perlu diberikan perhatian," katanya kepada Kosmo! semalam.

Laporan Kosmo! semalam turut menyebut pasukan yang berpangkalan di selatan tanah air didakwa telah melakukan perjanjian ‘pintu belakang’ bagi memancing tiga tonggak Kelantan

 Menurut sumber, pasukan tersebut telah melakukan perjanjian persefahaman dengan tiga pemain The Red Warriors bagi mencapai misi mereka memenangi Liga Super musim depan yang gagal direalisasikan musim ini.

Sumber itu berkata, tiga pemain terbabit yang masing-masing beraksi di posisi sayap, tengah dan pertahanan, merupakan tonggak penting merencanakan kejayaan gemilang The Red Warriors meraih gelaran trebel musim lalu.

“Difahamkan, ketiga-tiga pemain itu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai tanda bersetuju untuk menyarung jersi pasukan terbabit.

“Ketiga-tiga pemain itu juga dikhabarkan mendapat tawaran lumayan daripada pasukan berkenaan,” katanya di Kota Bharu semalam.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Azman Ibrahim enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan.

Katanya, belum tiba masanya untuk KAFA membincangkan soal perpindahan pemain kerana saingan Piala Malaysia sedang rancak berlangsung.

“Saya khuatir isu ini akan menjejaskan moral dan semangat pemain memandangkan saingan Piala Malaysia belum berakhir. “Apa yang penting buat Kelantan setakat ini ialah memberikan tumpuan sepenuhnya mengharungi perlawanan Piala Malaysia iaitu pertemuan dengan Terengganu dan Pahang minggu hadapan,” jelasnya.

1 comment:

  1. Assalamualaikum
    Nama saya Kemala Jayachandra
    Dari Jakarta selatan Indonesia
    e-mail: kemalajayachandra438@gmail.com
    Saya berterima kasih kepada ALLAH untuk membuat kesedihan saya berakhir melalui RYAN CEANIC LOAN FIRM untuk beberapa waktu sekarang perdagangan saya telah turun dan saya telah mencari pinjaman besar untuk meningkatkan perdagangan saya kembali, saya telah ditipu berkali-kali semua janji saya pada pinjaman tetapi mereka selalu menipu dan berbohong kepada saya, jadi saya bertemu RYAN CEANIC dan memberi saya pinjaman Rp 1 miliar (Rp 1.000.000.000), saya hanya melakukan pembayaran untuk asuransi pinjaman dan biaya transfer sebelum pinjaman saya ditransfer ke rekening saya, mereka yang mencari pinjaman harus hati-hati karena 75% dari pinjaman online itu palsu, bagi mereka yang mencari pinjaman harus menghubungi RYAN CEANIC LOAN FIRM adalah 100% peminjam pinjaman online,
    E-mail: ryanceanicloanfm@protonmail.ch
    Whatsapps: +4915772501298

    ReplyDelete