Jamilah Hanim |
Ia melibatkan anggota Parlimen Masjid Tanah Mas Ermiyanti Shamsudin (kanan) dan Ketua Puteri Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Jamilah Hanim Othman.
Sehingga tamat tempoh penyerahan borang pencalonan pukul 5 petang semalam, tiga orang mengemukakan borang pencalonan untuk jawatan Naib Ketua Puteri Umno iaitu Zahida Zarik Khan (Ketua Puteri Pandan); Noorsabrina Mohd Noor (Ketua Puteri Kulim-Bandar Baharu) dan Nazilah Ali (Ketua Puteri Tawau).
Bagi jawatan exco pergerakan Puteri Umno pula pihak urusetia menerima sebanyak 30 pencalonan dengan 29 daripadanya adalah muka baharu.
Sementara itu, Pengerusi Tetap Puteri Umno Malaysia Azlieza Azizan menang tanpa bertanding jawatan itu yang disandang sejak 2009.
Jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Puteri Umno pula menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Nurul Huda Nordin Ahmad (Ketua Puteri Umno Tapah) dan Salbiah Saari (Ketua Puteri Umno Tanjong Karang).
Pemilihan pergerakan Puteri Umno akan berlangsung pada 12 Oktober depan serentak dengan sayap Wanita dan Pemuda.
Mas Ermieyanti yang paling mendapat tumpuan ketika ditemui berkata pengalaman selama 12 tahun dalam Puteri menyuntik semangat untuk beliau menawarkan diri merebut jawatan bagi menerajui sayap bongsu Umno itu.
"Berbekalkan pengalaman yang ada, insyaAllah akan digunakan sebaik mungkin untuk saya mengemudi dan membantu Puteri menjadi sebuah pergerakan yang relevan dan dihargai peranannya," katanya.
Bagi lawannya, Jamilah Hanim atau lebih mesra dengan panggilan Jamie pula kalah dan menang adalah adat bertanding, namun apa yang penting adalah semangat untuk terus memantapkan pergerakan Puteri Umno.
No comments:
Post a Comment