Penyerang import Pahang , Matias Conti meraikan kejayaan meledakkan hatrik bersama penyokong Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin. |
Pada ketika Kelantan agak sukar kerana dikalahkan oleh Johor Darul Takzim 2-4, Pahang tetap mempunyai harapan selepas tewaskan Selangor PKNS 3-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin.
Kemenangan itu memberikan harapan kepada penggendali Pahang, Dollah Salleh yang optimis dengan kemampuan anak-anak buahnya untuk menghadapi aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2013 pada 4 Oktober depan.
Penyerang Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha meraikan jaringannya ketika menentang Kelantan pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Larkin, Johor Bahru, malam kelmarin. |
Bagi Dollah, Pahang masih berpeluang untuk melangkah ke pusingan seterusnya jika beberapa kelemahan para pemain segera diperbaiki sebelum membuat perhitungan di Stadium Shah Alam.
Antara aspek yang perlu diperhatian adalah meningkatkan kekebalan benteng pertahanan selepas beberapa kali mudah ditembusi pemain-pemain PKNS sehingga menyebabkan Pahang ketinggalan 1-2 selepas tamat babak pertama.
Pemain Pahang diharap menyedari dan segera berusaha memperbaiki setiap kesilapan yang dilakukan sepanjang perlawanan di Kuantan sebelum menggalas cabaran di gelanggang lawan.
"Saya harappemain belajar sesuatu daripada perlawanan malam ini (kelmarin) dan melakukan yang sewajarnya dalam pertemuan minggu hadapan," katanya.
Sementara Johor JD bijak menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri selepas mampamerkan aksi cemerlang untuk memastikan Harimau Selatan itu membawa bekalan selesa apabila berdepan Kelantan pada aksi suku akhir kedua di Kota Bharu minggu hadapan.
Bermain di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin, Norshahrul Idlan Talaha nyata tidak terganggu dengan kontroversi yang sedang melanda dirinya.
Dia meledakkan gol untuk membantu Johor Darul Takzim (Johor DT) menundukkan Kelantan 4-2 pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kelmarin.
Skuad Harimau Selatan yang beraksi di hadapan lebih 30,000 penyokong setia tampil dengan aksi yang cukup memukau.
Sejauh ini hanya Johor DT dilihat membawa bekalan selesa untuk beraksi di suku akhir kedua pada ketika semua perlawanan lain berlangsung sengit.
Di Stadium Jalan Besar, walaupun LionsXII menang 1-0 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), perlawanan kedua dilihat memberikan kelebihan kepada ATM.
Seperti kebiasaan, jaringan LionsXII terhasil melalui situasi bola mati pada minit ke-39 selepas sepakan penjuru yang diambil Shahfiq Ghani hadir tepat di atas kepala Madhu Mohana dan mudah menanduk masuk bagi jaringan tunggal tuan rumah.
Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sime Darby dan Sarawak masing-masing buntu mendapatkan jaringan selepas kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan dalam perlawanan yang seimbang dan menghiburkan kira-kira 10,000 penonton yang hadir.
Skuad Bujang Senang dilihat mempunyai peluang cerah untuk ke pusingan seterusnya kerana bermain di tempat sendiri.
No comments:
Post a Comment