Saturday, September 14, 2013

Piala Merdeka 2013 - Azrif Tekad Buktikan Kemampuan, Rozaimi Belum Puas

Md Rozaimi meledak dua gol ketika membantu skuad Harimau Muda
 membelasah Thailand 3-0 .
Penyerang  Harimau Muda, Md. Rozaimi Ab. Rahman masih belum berpuas hati dengan prestasinya setakat ini dan kini bertekad untuk mencapai tahap tertinggi dalam kariernya.

Sementera, pemain sayap negara, Mohd. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham mahu membuktikan kemampuan diri sekiranya diturunkan pada aksi final Kejohanan Pestabola Merdeka 2013 menentang Myanmar di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Bekas pemain kelab Selangor PKNS FC itu, yang menyertai pasukan Harimau Muda A itu awal tahun ini berkata, beliau bertekad untuk memberi persembahan terbaik serta membantu skuad negara merangkul kejuaraan itu.

Md Rozaimi, penyerang kelahiran Sabah itu telah meledak dua gol ketika membantu skuad Harimau Muda membelasah Thailand 3-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang malam kelmarin.


Md. Rozaimi yang pertama kali disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara pada kejohanan ini ternyata telah membalas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih, Ong Kim Swee

Kata Md. Rozaimi, dia juga tidak kisah jika tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan akhir bertemu Myanmar malam ini  kerana yang penting adalah kejayaan pasukan negara menjulang trofi Pestabola Merdeka kali ini.

Dalam pada itu, Md. Rozaimi telah dipilih sebagai pemain terbaik dalam pertemuan dengan Thailand itu. Sementara itu, penjaring gol sulung skuad Harimau Muda dalam perlawanan itu, Md. Nasir Basharuddin turut senada dengan Md. Rozaimi.

Mod Azrif pula bersyukur kerana diberikan peluang oleh jurulatih (Ong Kim Swee) untuk beraksi ketika berdepan Myanmar pada pusingan awal sebelum ini.

Prestasi semua pemain Harimau Muda telah membuatkan pengendalinya, Ong Kim Swee bertambah pening kepala.

Bagaimanapun, situasi tersebut merupakan satu perkembangan positif dalam kalangan para pemain skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara itu bagi menghadapi perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013 menentang Myanmar malam ini.

Selain itu, skuad muda negara itu juga akan turun dalam misi mengekalkan pingat emas di Sukan SEA Disember depan. Menurut Kim Swee, para pemain yang berada dalam skuadnya kini sangat positif serta mereka berlumba-lumba untuk mencuri perhatian saya untuk diletakkan dalam kesebelasan utama.

“Mereka (pemain) telah membuatkan saya pening kepala. “Tetapi, sakit kepala saya itu sesuatu yang positif buat pasukan Harimau Muda kerana mereka berlumba-lumba memberikan persembahan terbaik ketika diberi peluang beraksi.

“Saya berharap sikap positif begini akan terus dikekalkan dalam diri para pemain bukan sahaja bagi menghadapi perlawanan akhir Sabtu ini (malam esok) dan pada Sukan SEA nanti, tetapi perlu dikekalkan sampai bila-bila,” kata Kim Swee kepada Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pertemuan dengan Thailand kelmarin, Kim Swee berkata, beliau telah merehatkan beberapa tonggak utama pasukan yang kepenatan serta digantung perlawanan bagi memberi peluang seramai enam pemain yang masih belum diturunkan dalam kejohanan itu.

Kata beliau, ternyata para pemain yang diberi peluang telah membalas kepercayaan yang diberikan olehnya dengan menampilkan permainan sangat berkualiti bagi membenam musuh tradisi, skuad Gajah Perang

“Inilah yang saya harapkan selama ini, apabila dipanggil untuk menggalas cabaran, mereka (pemain-pemain simpanan) bersedia pada bila-bila masa dan mampu memberikan satu persembahan meyakinkan. “Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa tiada gunanya kita mengutip mata maksimum dalam peringkat kumpulan tetapi gagal dalam final.

“Saya berharap para pemain mengambil kesempatan masa rehat selama dua hari ini sebelum turun pada perlawanan akhir bertemu Myanmar pada malam Sabtu ini (hari ini) untuk mengembalikan kecergasan dan fokuskan dalam fikiran untuk menang.

No comments:

Post a Comment