Friday, September 13, 2013

RAM Ratings Unjur Harga Baharu Bahan Api Jana Penjimatan 0.3 Peratus KDNK

RAM Ratings berpendapat langkah rasionalisasi subsidi terkawal dan beransur-ansur boleh memberi manfaat kepada kewangan negara Malaysia, menjana penjimatan fiskal yang bersamaan dengan 0.3 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2014.

Memandangkan keadaan semasa permintaan domestik Malaysia yang berdaya tahan dan kenaikan harga minyak global, masa kenaikan harga bahan api negara adalah baik, demikian menurut RAM Ratings dalam satu kenyataan semalam.

Jumlah subsidi bahan api Malaysia adalah besar, mewakili sehingga 2.3 peratus daripada KDNK atau 11.1 peratus daripada jumlah perbelanjaan fiskal pada tahun 2011.

"Walaupun harga runcit bahan api yang lebih tinggi, pertumbuhan permintaan dalam negeri yang teguh kekal jelas dan masih menjadi asas yang mendasari pertumbuhan ekonomi Malaysia yang diunjur sebanyak 4.8 peratus tahun ini.

"Oleh itu, kita lihat risiko penurunan minimum kepada unjuran pertumbuhan KDNK semasa kita berikutan semakan harga," katanya, sambil menambah kenaikan harga dijangka memberi kesan secara langsung kepada harga pengguna.

Oleh itu, agensi penarafan menurunkan ramalan pertumbuhan indeks harga pengguna bagi tahun 2013 kepada 2.2 peratus daripada 1.8 peratus sebelumnya.

Ia juga berkata rasionalisasi bahan api baru-baru ini mengesahkan komitmen kerajaan sebelum ini kepada sasaran fiskal jangka panjang. Pada masa yang sama, ia berkata penarafan kredit negara Malaysia pada gA2 (pi)/ stabil tetap utuh.

No comments:

Post a Comment