Pada 1 Okt, sesi pengenalan dimulakan di utara Semenanjung bermula dengan Perlis pada pukul 9.30 pagi, Kedah (3.30 petang) dan Pulau Pinang (8.30 malam).
Seterusnya, pada 4 Okt, sesi memperkenalkan diri diteruskan di Perak pada pukul 9.30 pagi, Selangor (3.30 petang) dan Wilayah Persekutuan (8.30 malam). Sesi itu akan diadakan di Kelantan pada 6 Okt pukul 9.30 pagi, Terengganu (3.30 petang), Pahang (9 malam) dan 8 Okt di Negeri Sembilan (9.30 malam), Melaka (3.30 petang) dan Johor (8.30 malam). Bagi Sabah, sesi pengenalan calon diadakan di Badan Perhubungan Umno Sabah pada pukul 3.30 petang, 9 Okt.
Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata jadual sesi pengenalan calon lima hari itu telah diedarkan ke seluruh Badan Perhubungan Umno negeri bagi memudahkan calon bertanding jawatan Umno pusat mengetahui tarikh program itu akan dilaksanakan.
"Bagi memudahkan gerak kerja calon-calon untuk mengenalkan diri... mereka boleh memperkenalkan diri di majlis yang dianjurkan oleh ibu pejabat dengan kerjasama Badan Perhubungan Umno negeri-negeri.
"Maka, inilah sesi yang dibenarkan Lembaga Disiplin untuk calon-calon memperkenalkan diri," katanya kepada pemberita pada sesi pengumuman senarai calon yang bertanding di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
Sebanyak 260 calon bertanding jawatan Umno pusat selepas Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman menarik diri daripada bertanding Naib Ketua Wanita.
Pemilihan bagi Exco ketiga-tiga sayap diadakan pada 12 Okt dan MT pada 19 Okt.
No comments:
Post a Comment