
"Ini penting kerana jika generasi muda kita berjaya menguasainya, ia akan membantu dan memantapkan pemahaman pelajar tentang konsep asas ilmu, sekaligus menghasilkan maklumat yang tepat dan memelihara kesilapan dalam proses mereka berfikir.
"Ia juga mampu menyelesaikan pelbagai permasalahan umat Islam untuk menolak serangan pemikiran yang cuba mengelirukan akidah terutama berkaitan isu akidah kontemporari termasuk ajaran sesat selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya semalam.
Seminar anjuran Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA dengan kerjasama Institut Pengajian Matematik, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Sains Matematik Malaysia (Persama) itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran kepada mahasiswa betapa pentingnya mereka menguasai ilmu mantik dalam rutin kehidupan harian.
Seminar itu disertai 140 pelajar UniSZA dan UPM, dan sebanyak 11 kertas kerja dibentang oleh pakar akademik dalam bidang Matematik dan pengajian Islam.
Baharrudin berkata resolusi kedua ialah mencadangkan bentuk-bentuk halangan dalam pengajian ilmu mantik dikurangkan dalam usaha mengembalikan roh dan semangat pengajian ilmu mantik itu sendiri dengan beberapa cara.
Resolusi ketiga pula ialah mencadangkan penggabungan jalinan pembelajaran pengajian Islam dengan sains matematik untuk melahirkan cendekiawan Islam yang terulung seperti zaman kegemilangan Islam satu ketika dahulu, katanya.
No comments:
Post a Comment