Timbalan Presiden Pafa Khairul Azwan Harun berkata pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis semalam untuk menyiasat kemungkinan berlaku rasuah dan sabotaj berikutan siri kekalahan pasukan itu dalam saingan Piala Malaysia.
Penyerang Sarawak, Zamri Morshidi diasak pertahanan Perak, Khairi Kiman dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching pada malam Sabtu. |
Mereka akan melaporkan siasatan kepada Jawatankuasa Pengurusan Negeri dan Jawatankuasa Eksekutif Induk Pafa," katanya kepada pemberita di Ipoh, semalam.
Beliau berkata elemen sabotaj dan rasuah bola sepak itu disyaki berlaku dalam skuad kendalian jurulatih Azraai Khor Abdullah (gambar kiri) itu sejak empat perlawanan Piala Malaysia lepas dan kemuncaknya apabila Perak tewas 1-6 kepada Sarawak di Kuching, Sabtu lepas.
Beliau berkata sepanjang tempoh digantung itu, semua pegawai dan petugas terlibat wajib melapor diri setiap hari di pejabat Pafa mulai esok (Rabu).
Manakala pemain juga diminta berbuat demikian pada tarikh sama selain menjalani latihan seperti biasa.
Khairul Azwan berkata semua pemain akan melapor diri kepada ketua jurulatihAkademi Bola Sepak Pafa Marshall Soper dan ketua jurulatih Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan Football Club (YBUDR FC) Sayuddin Md Isa yang dilantik sebagai jurulatih 'care-taker' berkuatkuasa serta-merta.
"Jika kesemua pegawai, petugas dan pemain gagal melapor diri mulai 25 Sept ini, Jawatankuasa Pengurusan dan Jawatankuasa Darurat Pafa akan mengambil tindakan tegas.
"Ini adalah amaran selepas apa yang berlaku di Kuching dan beberapa perlawanan lain yang tidak boleh diterima. Kami boleh terima kekalahan tetapi tidak boleh terima sikap yang ditunjukkan," katanya.
Beliau berkata keputusan itu dibuat secara kolektif selepas berbincang dan mengambil pandangan anggota majlis Pafa, pihak yang berkepentingan dalam Pafa termasuk beberapa kelab peminat yang berdaftar.
Katanya soal kebajikan tidak perlu dibangkitkan dalam perkara itu kerana selepas Presiden Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengambil alih kepimpinan Pafapada 2010, segala tunggakan gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) telah diselesaikan.
Khairul Azwan berkata selepas dua minggu dan meneliti laporan siasat, Pafa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik terhadap mana-mana pihak.
Beliau berkata tiadanya komitmen, kesungguhan dan disiplin juga adalah elemen sabotaj dalam bola sepak yang merosakkan pasukan walaupun elemen rasuahtidak berlaku.
"Saya telah mengurus pasukan sejak 2011. Saya tahu bila mereka benar-benar bermain atau dalam bahasa bola sepak kami kata 'saya tahu bila pemain tarik game dan buka game'.
Tiga tahun memberi pengajaran kepada saya, jadi jangan ambil mudah berhubung perkara yang kami bangkitkan ini," katanya.
Pada perlawanan peringkat Kumpulan D bagi saingan Piala Malaysia, Perak mencatat tiga kekalahan iaitu tewas kepada Kedah 0-1 pada 17 Sept, kalah kepada Lions XII 1-2 (31 Ogos) dan kalah teruk iaitu 1-6 kepada Sarawak, Sabtu lepas, sekaligus gagal ke peringkat suku akhir.
No comments:
Post a Comment