Polis tidak mengambil mudah ugutan bunuh yang diterima oleh mana-mana pihak dan akan melakukan siasatan terperinci tanpa mengambil kira fahaman politik individu berkenaan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara sama turut ditekankan dalam kes Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
"Saya tegaskan pihak polis menjalankan tugas dengan penuh profesional tanpa mengira siapa individu tersebut baik dari parti pembangkang atau sebaliknya," katanya pada sidang media selepas lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di Kuala Terengganu, semalam.
Beliau diminta mengulas laporan media hari ini yang menyebut Lim membuat laporan polis susulan ugutan bunuh yang diterimanya menerusi Twitter oleh pengguna akaun @MoonYue18 (Moon Yue) yang menulis #DynastyLim#CEC#DAPig#@cmlimguaneng cheater! u mati minggu depan.'
Mengulas kes ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi lama sosial Facebook, Ahmad Zahid berkata beliau menerima panggilan telefon daripada beberapa individu mendakwa suspek dianiaya.
Katanya beliau menegaskan kepada individu terbabit polis tidak berkompromi dalam kes ugutan bunuh dan akan menjalankan siasatan sewajarnya.
Semalam seorang peniaga menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Selangor susulan ugutan bunuh terhadap Khalid yang dipercayai berkaitan Ops Cantas.
Ugutan itu yang dipapar menerusi Facebook oleh individu menggunakan nama Murugan Nagaretinam menyatakan "Can anyone just hire gunman to shoot down this police or IGP?" (Boleh tak seseorang upah pembunuh upahan menembak mati polis atau KPN?)
No comments:
Post a Comment